KUALA LUMPUR: Timbul khabar angin mengatakan keputusan Syatilla Melvin, 24, yang
mengenakan hijab sekitar dua minggu kerana pelakon yang kerap dikaitkan
dengan Shaheizy Sam ini bakal menamatkan zaman bujangnya dalam masa
terdekat.
Memetik laporan Kosmo!, pemilik sebenarnya, Siti Nur Syatilla Amirol
Melvin ini berkata, penghijrahannya itu tidak mempunyai kaitan dengan
desakan atau permintaan mana-mana pihak. Sebaliknya hasrat untuk
mengenakan hijab telah lama datang beberapa bulan yang lalu.
Saya kini sudah berhijab sepenuhnya sejak dua minggu yang lalu.
Bagaimanapun, saya ingin tegaskan bahawa keinginan untuk berhijab datang
daripada diri saya sendiri, bukan desakan orang lain.
Bagi saya, jika mahu berhijab, mengapa perlu menunggu saat sebelum berkahwin? Hidayah itu datang dengan sendirinya.
Rasa untuk berhijab datang sewaktu saya sedang menjayakan penggambaran
drama bersiri Cinta Samar. Namun, hasrat hati terpaksa ditahan kerana
saya perlu menjaga kesinambungan drama tersebut.
Bagaimanapun dari sehari ke sehari, rasa ingin berhijab semakin menebal.
Alhamdulillah, sebaik sahaja tamat penggambaran, saya terus mengenakan
hijab," katanya.
Tambahnya lagi, sebolehnya dia mahu mengelak daripada menerima watak yang memerlukannya bersentuhan dengan pelakon lelaki.
"Apabila sudah bertudung, adab dan kesopanan sebagai seorang wanita
perlu dijaga. Jika boleh, saya akan elak watak yang memerlukan
bersentuhan dengan pelakon lelaki," katanya yang kini sedang menjalani
penggambaran drama bersiri untuk TV AlHijrah berjudul Kemboja Di Hati.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Syatilla Melvin elak sentuh lelaki bila berlakon"
Post a Comment