Shenty masih fobia?

Isu dirinya dikasari pelakon Syazwan Zulkifly hangat diperkatakan media dan peminat. Malah, ramai bersimpati dengan nasib yang menimpa pelakon dan hos program hlive!, Shenty Feliziana itu.
Berikutan kejadian itu, pelakon kelahiran Singapura ini membuat laporan di Balai Polis di Kuang, Selangor pada 27 Oktober lalu.

Perkembangan terkini, Shenty dan Syazwan sudah pun saling bermaafan kerana tidak ingin memanjang­kan lagi isu berkenaan.

Ketika ditemui, Shenty mengakui dirinya masih trauma dengan kejadian terbabit.
“Syazwan sudah berjumpa ibu bapa yang datang dari Singapura dan meminta maaf atas apa yang berlaku baru-baru ini.

“Saya juga sudah menarik laporan polis yang dibuat sebelum ini. Maklumlah, industri seni kita bukan besar mana pun, lambat laun kami akan berjumpa juga dalam mana-mana acara hiburan.

“Justeru, ada baiknya perkara ini tidak dibiarkan berpanjangan dan kami kembali berbaik semula,” katanya yang dikasari Syazwan ketika dalam perjalanan ke lokasi penggambaran drama pada Oktober lalu.

Shenty bagaimanapun mengakui dirinya masih fobia dengan kejadian itu dan belum bersedia menjalin hubungan dengan mana-mana lelaki.

“Memang Syazwan ada merayu supaya saya menerimanya semula, tetapi buat masa ini hati saya belum terbuka.

“Saya serik untuk menjalin hubungan selepas ini kerana sudah beberapa kali putus cinta.
“Biarlah masa menentukan segala-galanya. Insya-Allah, jika bertemu calon suami yang sesuai, saya tidak mahu bercinta sebaliknya terus berkahwin saja,” katanya. Fokus pada karier seni
Enggan lagi memikirkan memori pahit itu, Shenty mahu menumpukan sepenuh perhatian terhadap karier lakonan dan pengacaraan.

“Pada usia muda ini saya kenalah bekerja keras jika mahu mengukuhkan nama dalam industri hiburan tanah air.

“Saya menyertai hlive! pada Mei lalu dan sebagai orang baru banyak perkara perlu saya belajar.
“Selain mengacara, saya juga aktif berlakon. Apapun keutamaan saya masih hlive!,”katanya yang pernah menjayakan filem Mael Lambung.

0 Response to "Shenty masih fobia?"

Post a Comment