KUALA LUMPUR: Pelakon yang sedang meningkat naik Mira Filzah menyangkal dakwaan
hubungannya dengan aktres Mia Ahmad kini dingin gara-gara gosip
percintaan dengan Syarul Ridzwan.
Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 22, berkata,
dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan Mia dan hanya mengenali
aktres itu sebagai rakan artis.
"Apa yang timbul sebelum ini hanyalah gosip dan saya memang tiada sebarang masalah dengan Mia seperti mana didakwa sebelum ini.
"Malah saya hanya kenal Mia sebagai rakan artis, itu sahaja," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.
Mira diminta mengulas laporan ruang gosip sebuah akhbar pada Ahad lalu
yang menyebut dia menjadi punca perpisahan pelakon Mia Ahmad dan dan
Syarul Ridzwan.
Bagiamanapun Syarul dalam satu kenyataan kepada mStar Online menyifatkan
individu yang menyebarkan cerita berkenaan mungkin bersikap dengki
dengan hubungan baiknya bersama kedua-dua aktres tersebut.
Dalam pada itu, Mira menegaskan dia tidak mempunyai sebarang hubungan
istimewa dengan Syarul seperti mana didakwa sesetengah pihak sebelum ini
sehingga menjadi punca keretakan hubungan Mia ada Syarul.
Jelas Mira, dia tidak mengambil serius dengan dakwaan dilemparkan terhadapnya kerana sedar ia cuma gosip semata-mata.
"Saya tidak rasa apa-apa pun apabila nama dikaitkan dengan gosip berkenaan kerana nama pun gosip.
"Bagaimanapun hubungan saya dengan Syahrul hanya sekadar rakan artis dan tidak lebih daripada itu," jelasnya.
Sementara itu, Mira berkata, kontroversi berkenaan tidak meninggalkan
kesan kepada karier seninya yang sedang meningkat naik dan melakukan
kerjanya seperti biasa.
"Alhamdulillah tiada apa-apa yang berlaku dan paling penting saya fokus terhadap karier saya," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Mira kini sedang sibuk di lokasi penggambaran
drama bersiri terbaharu untuk slot Akasia di TV3 bersama aktor Adi
Putra.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Mira Filzah dingin dengan Mia Ahmad"
Post a Comment