KUALA LUMPUR: Pengacara Faizal Ismail belum terfikir untuk mengikut trend membina otot
badan atau sekarang digelar 'abang sado' seperti kebanyakan selebriti
lelaki lain.
Faizal, 39, berkata, walaupun semakin aktif dalam aktiviti senaman,
namun dia tidak berhasrat untuk menjadi sasa kerana sukar memberi
komitmen dalam penjagaan makanan.
"Memang sejak saya berhenti menjadi penyampai radio, saya mempunyai masa
untuk diri sendiri iaitu melakukan aktiviti senaman di mana saya
bersenam empat hingga lima kali dalam seminggu.
"Tetapi saya tidak berhasrat lagi untuk menjadi 'sado', walaupun ada yang menganggap saya mahu berusaha ke arah itu.
"Tak sesuai kot, saya tidak boleh beri komitmen dalam penjagaan makanan kerana saya suka makan," katanya kepada mStar Online.
Faizal diminta mengulas mengenai beberapa foto di akaun Instagram miliknya yang menunjukkan dia semakin aktif dalam senaman.
Sehinggakan ada yang menganggap Faizal mahu mengikut trend selebriti
lelaki berbadan sasa agar dilihat berpenampilan lebih menarik.
Sementara itu, mengenai karier seninya pula, sejak meninggalkan stesen
radio Hot FM pada Mei lalu, Faizal menyifatkan penghijrahannya itu lebih
berbaloi kerana dia dapat merasakan kebebasan dalam bekerja terutamanya
apabila menerima tawaran pengacaraan di mana-mana stesen televisyen.
Malah Faizal juga sibuk dengan perniagaan pengurusan majlis menerusi syarikatnya, FBI Entertainment.
"Alhamdulillah, saya lihat penghijrahan yang dilakukan adalah sesuatu
yang baik. Saya bebas bekerjasama dengan mana-mana stesen televisyen dan
pada masa sama dapat menguruskan perniagaan.
"Yang penting, saya juga dapat luangkan banyak masa bersama isteri dan
anal-anak. Cuma cabarannya ialah, saya tiada pendapatan tetap dan perlu
berusaha untuk mendapat pendapatan yang lebih," ujarnya.
Dalam pada itu, Faizal berkata, dia juga turut membantu isterinya menjual 'lunchbox' Daging Hitam Manis.
"Alhamdulillah, setakat ini tempahan yang kami terima sangat
memberangsangkan. Malah sekiranya ada masa, saya juga akan turun padang
menghantar tempahan tersebut sebagai kejutan buat peminat-peminat,"
ujarnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Saya pun nak jadi abang sado - Faizal Ismail"
Post a Comment