KUALA LUMPUR: Kami juga tidak pasti entah dari mana datangnya gosip liar ini. Beberapa
hari lalu kecoh apabila dikatakan PANAS! Hubungan Syarul Ridzwan Dan
Mia Ahmad Retak Angkara Mira Filzah?. Mia Ahmad bagaimanapun tampil
menafikan perkara tersebut.
Menyedari isu tersebut, Syarul Ridzwan meminta agar pihak terbabit yang
menabur fitnah berkenaan hubungannya dengan pelakon wanita, Mia Ahmad
sudah renggang berikutan kehadiran orang ketiga iaitu Mira Filzah,
tampil menunjukkan bukti kukuh.
Menurut Syarul Ridzwan, beliau beranggapan ada pihak yang sengaja berbuat demikian namun motifnya tidak diketahui.
Syarul atau nama sebenarnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim mengakui dirinya
turut menerima tempias daripada gosip itu apabila dikecam ramai pihak.
Tambah Syarul lagi, jika benar hubungannya dengan Mia Ahmad renggang,
beliau meminta agar pihak terbabit tampil memberikan bukti.
Pelakon berusia 26 tahun ini juga menegaskan, dia bukanlah kaki perempuan yang didakwa segelintir pihak.
Jelas Syarul, dia sangat mengagumi wanita yang berilmu dan suka berkawan dengan golongan seperti itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Syarul Ridzwan Bengang!"
Post a Comment