Tahniah Maria Farida selamat pengantin baru

KUALA LUMPUR: Pelakon Maria Farida, 45, selamat bernikah dengan seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Datuk Rahman pada petang Khamis.

Perkara tersebut didedahkan menerusi laman sosial Datin Seri Tiara Jacquelina yang hadir pada majlis pernikahan tersebut di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) di sini.

Desas-desus tentang majlis perkahwinan pelakon wanita tersebut tersebar sejak awal bulan lalu. Namun, Maria enggan mengulas tentang perkara berkenaan.

Pelakon drama Datin Ghairah itu sudah menjanda lebih 10 tahun dan mempunyai anak lelaki Mizan Ashley yang kini berusia 18 tahun hasil perkahwinan pertama.

Turut hadir dalam majlis itu ialah aktres Fasha Sandha.

Maria gagal dihubungi untuk mengulas lanjut.

0 Response to "Tahniah Maria Farida selamat pengantin baru"

Post a Comment