Penyanyi Adele menerima ucapan tahniah daripada kumpulan NSYNC kerana
berjaya mengatasi jualan rekod mereka sebanyak 2.4 juta keping cakera
padat (CD) dalam tempoh seminggu.
Pelantun lagu Someone Like You itu
melakar sejarah apabila berjaya menepis rekod yang dicipta oleh kumpulan
yang popular dengan lagu This I Promise You itu dalam tempoh seminggu
hanya dengan jualan selama empat hari saja.
Menurut salah seorang ahli
kumpulan itu, Joey Fatone, penyanyi berbadan gempal itu mempunyai aura
dan keistimewaan tersendiri berbekalkan vokal yang lunak.
Meskipun
berehat selama beberapa tahun, Adele sentiasa mendapat sokongan peminat
setianya. "Adele adalah seorang penyanyi luar biasa. Kami begitu teruja
kerana sealiran muzik dengan seorang penyanyi yang berbakat sepertinya.
Adele ibarat satu dalam sejuta," kata Joey kepada Billboard. NSYNC yang
dianggotai Justin Timberlake, JC Chasez, Chris Kirkpatrick, Joey Fatone,
and Lance Bass berjaya mencipta rekod 2.4 juta untuk jualan album kedua
mereka berjudul No Strings Attached pada tahun 2000.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Tahniah kepada Adele atasi rekod jualan CD - Nsync"
Post a Comment