Pelakon Fahrin Ahmad menjelaskan dia tidak memaksa isterinya, Elena Hani
untuk meletakkan jawatan sebagai ketua pramugari di sebuah syarikat
penerbangan antarabangsa.
Namun keputusan untuk Elena meninggalkan terus kerjayanya itu dibuat
selepas mereka suami isteri berbincang dan mendapat persetujuan bersama.
“Bukan saya mendesak atau memaksa dia untuk berhenti. Perkara ini
sebelum berkahwin lagi kami sudah bercerita dan berbincang. Ini adalah
perancangan yang masing-masing sudah ada sejak sebelum kami mendirikan
rumahtangga lagi”
“Namun sebelum ini tidak ada sebab untuk dia balik. Tapi sekarang dia
pun dah lapan tahun di sana, jadi kami rasa ini waktu yang terbaik untuk
dia pulang dan menetap di sini.
"Lagipun, sebelum ini kami hanya berkesempatan berjumpa dua kali sebulan
sahaja dan perkara itu tidak dinafikan membuat kami berdua berasa sunyi
dan saling rindu apabila sering berjauhan”
“Jadi, saya rasa keputusan ini adalah yang terbaik untuk rumahtangga
kami berdua,” jelasnya seperti yang dilaporkan Tonton Extra.
Dalam pada itu Fahrin menyatakan tindakannya itu bukanlah dibuat kerana
isterinya mengandung. Katanya, jika isterinya mengandung kelak, dia
sendiri akan berkongsikan berita gembira itu pada umum.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Fahrin Ahmad tidak mendesak isteri"
Post a Comment