KUALA LUMPUR: Pelakon Uqasha Senronse baru-baru sekai lagi terpalit dari kontroversi
dan kali ini ekoran timbul dakwaan dirinya pelayan kelas atasan (call
girl) selain turut dituduh mengambil dadah.
Menjelaskan perkara berkenaan melalui BH Plus, kakak kepada pelakon
Nelydia Senrose ini menyifatkan tuduhan yang dilemparkan kepadanya itu
adalah tidak berasas dan bijak menghadapi kontroversi tersebut dengan
tenang.
“Mana mungkin saya menjadi call girl dengan imej bertudung sebegini.
Tidak logik rasanya tuduhan yang dilemparkan kepada saya itu kerana
sebagai seorang gadis berhijab, semestinya saya ingin menjaga batas dan
tingkah laku”
“Apabila perbualan saya dan rakan saya tersebar di laman sosial, ada
pihak yang mendakwa ia sebagai kata kunci bagi menggantikan perkataan
dadah.
Sebenarnya itu adalah privasi saya kerana setiap individu mempunyai pendekatan tersendiri untuk berkomunikasi”, jelasnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Tuduhan call girl tak logik langsung : Uqasha Senrose"
Post a Comment