PERANCIS: Penyanyi dan bekas juara program Masterchef Selebriti Malaysia, Datuk
Fazley Yaakob melangkah setapak dalam karier sebagai chef apabila
melancarkan buku resepi pertamanya berjudul My Surce Story di Paris,
Perancis baru-baru ini.
Fazley berkata, pelancaran buku tersebut adalah sebagai tanda
penghormatan dalam bidang masakan Perancis selain ingin berkongsi
pengalaman dalam perjalanannya bergelar seorang chef bertauliah.
"Saya melancarkan buku resepi tersebut sebagai satu penghormatan kepada
pengajian saya dalam bidang masakan Perancis selama beberapa tahun
sebelum ini.
"Menerusi buku ini juga menceritakan detik-detik manis dalam perjalanan
saya sebagai seorang chef sejak kecil sehingga mendapat tauliah daripada
Le Cordon Bleu pada 2013," katanya.
Pelancaran My Sucre Story telah diadakan di Rumah Malaysia iaitu
kediaman rasmi untuk Duta Malaysia di Perancis dan turut dihadiri oleh
pegawai dari Kedutaan Malaysia di Paris, Kementerian Pelancongan dan
Kebudayaan Malaysia, Le Cordon Bleu, media tempatan dan warga Malaysia
yang menetap di negara tersebut.
Dalam pada itu, Fazley berkata, perkataan 'Sucre' yang digunakan pada
tajuk buku berkenaan membawa maksud manis atau gula dalam bahasa
Perancis ia mengandungi lima bab.
Menerusi buku berkenaan, Fazley memberi penekanan kepada tiga idea iaitu
masakan klasik dari kampung halamannya di Rembau, Negeri Sembilan,
manisan Perancis dan makanan Asian-fusion yang terdapat di restorannya
iaitu SukaSucre Bistro.
"Buku ini bukan hanya memaparkan masakan Perancis tetapi masakan Melayu.
Sebanyak 35 resepi istimewa terdapat dalam buku ini," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Fazley kini sedang menyambung pengajian dalam
bidang ijazah Akademik Rasa, Gastronomi dan Seni Meja di universiti
Reims Champagne-Ardenne di Reims, Perancis.
Ini adalah kali kedua Fazley melanjutkan pengajian dalam bidang masakan
di Perancis selepas menamatkan kursus di Institut Kulinari Le Cordon
Bleu pada 2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Fazley Yaakob lancar buku masakan di perancis"
Post a Comment