KUALA LUMPUR: Pengarah filem Hashim Rejab menasihati orang ramai agar tidak terpedaya
dengan mana-mana tawaran berlakon menggunakan namanya selepas akaun
Instagram milik dia digodam pihak tidak bertanggungjawab yang membuka
peluang itu.
Hashim berkata, perkara tersebut disedari selepas dia dimaklumkan
seorang individu yang mahu bertanya lebih lanjut tentang tawaran
berlakon yang "ditawarkannya".
"Saya terkejut apabila mendapat tahu ada pihak menggunakan nama saya
selepas menggodam akaun saya dengan membuka tawaran berlakon kepada
orang yang berminat.
"Malah, ada pelakon-pelakon baru yang ditipunya atas tujuan tertentu,"
ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, Khamis.
Hashim berkata, dia sudah memberi amaran menerusi pesanan peribadi di
akaun individu tersebut agar tidak menggunakan namanya atas kepentingan
sendiri.
Namun, kata Hashim, individu itu sebaliknya menawarkannya untuk membeli akaun Instagram tersebut dengan harga tertentu.
"Saya sudah beri mesej di akaun palsu itu, namun dia boleh pula offer
saya untuk beli akaun palsu tersebut kerana ia lebih ramai pengikut
daripada akaun sebenar saya.
"Setakat ini, apa yang saya tahu dia hanya memperdayakan orang dengan
memberi tawaran berlakon sahaja dan belum lagi melibatkan penipuan
melibatkan wang ringgit," ujarnya.
Tambah Hashim, dia sudah membuat satu laporan polis minggu lalu bagi
melindungi dirinya daripada mana-mana perkara buruk berkaitan tindakan
itu.
Dia juga berharap agar orang ramai tidak terpedaya dengan akaun palsu tersebut.
Masya (Ceria Pop Star) Mangsa Penipuan Instagram Palsu Hashim Rejab
Sementara itu, penyanyi kelahiran program realiti Ceria Pop Star 2 Masya
atau nama sebenarnya Siti Nur Masyitah, 15, merupakan seorang pengguna
laman sosial yang menjadi mangsa penipuan akaun palsu menggunakan nama
Hashim Rejab itu.
Ibu Masya, Zalilah Mat Noor, 46, berkata, anaknya ada menerima tawaran
berlakon daripada pengarah tersebut tetapi perlu mendaftar dalam satu
pautan kononnya untuk diserahkan kepada pihak produksi MIG.
Katanya, selepas mengikut permintaan "Hashim Rejab" palsu itu, tanpa
disedari akaun Instagram miliknya telah diceroboh oleh individu lain dan
menawarkan beberapa perkara yang melibatkan pihak Astro.
"Pada awalnya anak saya (Masya) dihubungi menerusi akaun palsu Hashim
Rejab yang mahu dia berlakon dalam sebuah filem MIG, jadi Masya diberi
satu laman web untuk isi borang.
"Bila buka laman web itu tiada apa-apa yang keluar dan dua hari selepas
itu baru dia perasan sudah ada orang berjaya mengggodam akaun Instagram
miliknya dengan menyamar memperdayakan orang lain," ujarnya.
Jelas Zalilah, tanpa pengetahuan Masya, terdapat individu tidak
bertanggungjawab menggunakan akaun itu dengan menawarkan projek iklan
kononnya untuk siaran Astro namun ia adalah palsu.
Tambahnya, perkara menjadi lebih parah apabila sebuah butik dalam talian
yang terpedaya dengan helah penggodam itu menuduh Masya menceroboh
serta mengambil alih akaun Instagram milik butik tersebut.
"Bila Masya periksa mesej peribadi ada beberapa perbualan yang tidak
pernah dilakukannya. Dalam perbualan itu, mereka telah buat tawaran
macam-macam kepada beberapa peniaga online sehinggakan mereka menuduh
Masya yang melakukan perkara itu serta memburuk-buruknya di laman sosial
sehingga menjadi viral,," ujarnya.
Kata Zalilah, perkara tersebut membuatkan anaknya berasa tertekan dan tidak mahu keluar rumah kerana takut dipandang serong.
Pihaknya juga sudah membuat dua laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk tindakan selanjutnya.
"Butik online itu sudah viralkan mesej denhan menuduh anak saya menipu
dan cuba ambil kesempatan. Sekarang dia sedang tertekan dan tidak mahu
keluar rumah kerana malu.
"Nasib baik juga sekarang sedang cuti sekolah," ujarnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Jangan percaya tawaran berlakon dari Hashim Rejab"
Post a Comment