HOLLYWOOD: Penerbit filem 'Men in Black 4' berharap untuk membawa kembali musim
filem itu dengan menambah seorang ejen wanita sebagai penampilan baru.
Menurut BBC, penerbit filem, Laurie MacDonald berjanji akan ada penampilan pelakon wanita terkemuka dalam filem sekuel ini.
MacDonald dan suaminya Walter Parkes, yang bekerja dalam tiga filem asal
turut bertanggungjawab dalam penggambaran filem baru ini.
Walaupun filem pertama "Men in Black" pada tahun 1997 memaparkan watak
Linda Fiorentino pada akhir filem itu, tetapi dia kemudian tidak disebut
dalam kedua-dua filem susulannya.
Difahamkan, sehingga kini filem francais itu masih belum mempunyai ejen wanita dengan peranan utama.
Walaupun bintang francais asal, Will Smith dikatakan tidak menyertai
projek baru itu, tetapi Parkes berkata kemungkinan besar pelakon itu
boleh dipujuk kembali.
"Sekarang kita sedang melihat dalam rekaan semula dan masih awal untuk
mengeluarkan informasi berkenaan filem ini," tambah Parkes.
Dibintangi Tommy Lee Jones dan Will Smith, filem pertama, The Men in
Black dikeluarkan pada tahun 1997 dan seterusnya mengaut keuntungan
lebih AS $589 juta di seluruh dunia.
Filem kedua telah dikeluarkan pada tahun 2002, dan susulan ketiganya pada tahun 2012.
Kedua-dua filem itu mengaut lebih dari AS $620 juta.
Will Smith dan Tommy Lee Jones muncul dalam ketiga-tiga filem 'Men in Black' yang diarahkan oleh Barry Sonnenfeld.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Ejen wanita terbaru dalam Men In Black 4"
Post a Comment