KUALA LUMPUR: Adik kepada pelakon Haliza Mibun, Rozana Misbun, 37, menjelaskan, dia
kini bukan lagi isteri kepada penyanyi rock terkenal, Awie, 47, selepas
perkahwinan mereka dibubarkan sejak hujung tahun lalu.
Rozana berkata, dia sudah mendapat surat pengesahan fasakh (bubar
perkahwinan) daripada Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla pada 1
Disember 2014.
“Hampir setahun surat itu dikeluarkan dan semuanya sudah jelas. Sekarang
saya bukan lagi isteri Awie dan saya tidak mahu ada kaitan dengannya
selepas ini,” katanya.
Rozana berkata demikian ketika ditemui media selepas sebutan kes
tuntutan nafkah sementara dua anak mereka yang berada di bawah jagaannya
di hadapan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Nor Faiz Afsal Abu Bakar,
semalam.
Pada 21 Oktober lalu, Rozana memfailkan tuntutan nafkah sementara bagi Putra Ahmad Rezzki, 7, dan Puteri Qasseh Antasha, 5.
Bagaimanapun Awie memfailkan bantahan terhadap permohonan itu atas
alasan terdapat kecacatan dan ketidakaturan dalam permohonan berkenaan.
Mengulas mengenai bantahan yang difailkan Awie, Rozana berkata, dia
wajar membuat tuntutan itu kerana sejak diberikan hak jagaan sementara
tiga anak mereka, penyanyi rock berkenaan tidak pernah memberi wang
perbelanjaan buat anak-anaknya.
“Urusan nafkah dan perbelanjaan anak memang tanggung jawab dia. Bukan isu saya mampu atau tidak untuk menyara anak-anak.
“Saya buat tuntutan mengikut prosedur mahkamah, kalau dia tak nak bagi saya reda, tapi nanti dia jawablah di akhirat,” katanya.
Pada 27 Januari lalu, mahkamah memberikan hak penjagaan sementara tiga
anak pasangan itu kepada Rozana, selepas membatalkan perintah hak yang
diberikan kepada Awie pada 21 Julai tahun lalu.
Bagaimanapun seorang lagi anaknya, Putera Ahmad Merah, 8, kini berada di bawah jagaan Awie.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Awie bukan bahan untuk kaitkan saya lagi - Rozana Misbun"
Post a Comment