BOLLYWOOD: Selepas Rani Mukerji dimasukkan ke hospital gara-gara terlalu letih
ketika menyambut perayaan Deepavali, dia dinasihatkan untuk berehat
lebih lama di hospital berkenaan.
Menurut laporan Newkerala, aktres yang kini sedang mengandung itu
memerlukan pengawasan doktor dengan diberi beberapa ubatan sehingga
dirinya stabil.
Menurut sumber, doktor yang merawat aktres berusia 37 tahun itu juga
menasihatkan agar dia perlu jauhkan diri daripada kawasan yang berhabuk,
kotor dan bising.
Rani telah mendirikan rumah tangga dengan Aditya Chopra pada 21 April 2014 di sebuah majlis tertutup di Itali.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Rani Mukerji dinasihatkan berehat"
Post a Comment