KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat tidak berkecil hati dengan tindakan Zul
Ariffin yang memadam gambar mereka dari akaun Instagram milik aktor
tersebut.
Menurut Ayda, apa yang dilakukan Zul adalah haknya dan dia tidak ambil pusing akan hal remeh sebegitu.
"Saya tidak ada masalah dengan tindakannya kerana itu adalah akaun
Instagram miliknya. Jadi mungkin dia ingin mengemas kini akaunnya dan
membuang apa sahaja yang dirasakan tidak perlu.
"Saya harap perkara ini tidak perlu diperbesar dan diperkatakan lagi
selepas ini," katanya yang tidak akan memadam mana-mana gambarnya di
Instagram kerana baginya ia mempunyai nilai sentimental yang tersendiri.
Tambah Ayda, apa yang menjadi fokusnya kini adalah karier seni dan dia
tidak mempunyai masalah andai digandingkan Zul pada masa akan datang.
"Fokus saya kini adalah Separuh Akhir Muzik Muzik 30, di mana lagu saya,
Siapa Diriku akan berentap bersama lapan lagu lain pada 6 Disember ini.
"Selain itu, saya juga sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri
Menongkah Kasih yang akan disiarkan di slot Azalea TV3 pada Februari
nanti dan drama bersiri Sesal Separuh Nyawa arahan Michael Ang yang akan
disiarkan di Hypp TV pada Januari depan," akhirinya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Ayda Jebat tidak kecil hati"
Post a Comment