KUALA LUMPUR: Selain penampilan penyanyi pada konsert amal itu, selebriti, Scha
Alyahya turut terpilih menjadi jurucakap bagi kempen World Hunger Relief
(WHR) KFC & Pizza Hut 2015.
Berkongsi pengalamannya sepanjang terlibat dengan kempen tersebut, Scha
berkata, dia sangat gembira apabila dipilih sebagai jurucakap dalam
kempen itu.
"Sejak ada anak ini, saya teringin untuk buat amal seperti kempen ini
memandangkan selama ini saya sudah menjadi pelakon, pengacara dan duta
produk, jadi terfikir perkara apa lagi yang mahu saya lakukan yang
memberi kembali kepada mereka yang menyokong saya selama ini.
"Alhamdulillah hasrat murni itu akhirnya datang dengan tawaran kerjasama daripada pihak KFC dan Pizza Hut di awal tahun lalu.
"Oleh kerana saya sudah mempunyai anak, saya berasa dekat dengan kempen
ini di mana dapat melihat sendiri anak-anak di luar sana ada yang tidak
cukup makan minumnya," katanya kepada Zass pada majlis tersebut.
Berkongsi pengalaman menariknya sepanjang menyertai kempen itu, Scha
berkata, dia dapat mendekati golongan gelandangan dan menyampaikan
sumbangan kepada mereka.
"Sepanjang terlibat dengan kempen ini, saya berpeluang mendekati
golongan gelandang dan melihat sendiri kehidupan golongan ini yang hidup
serba kekurangan, ada yang tidur beralaskan kotak sahaja.
"Selain itu, saya berkesempatan ke Kelantan untuk menyampaikan bantuan
kepada mangsa banjir di negeri itu akibat dilanda banjir besar hujung
tahun lalu.
"Di sana, saya dapat saksikan sendiri ada antara keluarga yang tidak
cukup makan dan ada yang makan sehari sekali sahaja," katanya.
Tambahnya, kempen seperti ini memberi mereka peluang untuk membantu
mereka yang memerlukan itu dan ia seharusnya diteruskan.Bukan kejar
populariti
Bercerita lanjut pengalamannya berbual dengan keluarga yang daif di mana
mereka kebanyakannya mahukan kempen amal seperti itu sentiasa
berterusan.
"Ada satu keluarga ketika memberi bantuan di Kelantan, mereka mempunyai
enam anak, dua daripadanya kurang upaya dan hidup serba kekurangan
apabila makan tidak cukup dan kelengkapan rumah juga tidak sempurna,
mereka sangat gembira menerima bantuan kami.
"Mereka sangat berharap kami dapat meneruskan lagi bantuan seperti itu
dan kelihatan usaha yang kecil seperti itu pun akan menjadi saat indah
bagi mereka serta sangat dihargai," katanya.
Menegaskan penglibatannya di dalam program seperti ini bukan untuk
mencari populariti, Scha berkata, dia sejujurnya ikhlas untuk membantu
golongan memerlukan.
"Benda ini bukan untuk popular, terkenal dan menunjuk-nunjuk, tetapi ia datang dari hati saya sendiri untuk melakukannya.
"Justeru apabila berjaya menyelesaikan kempen ini, saya berasa sangat
gembira dan saya sendiri akan berterusan dengan usaha murni ini,
insya-ALLAH," katanya.
Tidak mahu terhenti sebagai jurucakap kempen ini sahaja, Scha berkata, dia berhasrat untuk meneruskan usaha itu secara individu.
"Banyak sebenarnya pertubuhan amal yang memberi bantuan seperti ini,
kita boleh bantu secara individu juga dengan hanya mendaftar dengan
mereka.
"Justeru, memang saya akan meneruskan usaha ini di masa akan datang
sekiranya tidak lagi bekerjasama dengan kempen ini, kerana saya mahu
lakukan apa yang terdaya untuk mereka yang tidak bernasib baik,"
katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Hasrat Scha tercapai"
Post a Comment