Bapa Paul Walker saman Porsche

HOLLYWOOD: Bapa mendiang pelakon 'Fast and Furious', Paul Walker menyaman pengeluar kereta terkemuka Porsche sebagai punca kematian anaknya dalam nahas kereta pada tahun 2013.

Bapa Walker memutuskan untuk menyaman pengeluar kenderaan mewah itu kerana gagal menyediakan sistem keselamatan untuk melindungi nyawa anaknya. Terdahulu, anak Walker iaitu Meadow Rain memfailkan tuntutan mahkamah kepada pengeluar kereta mewah itu untuk bertanggungjawab di atas kematian bapanya.

Porshe kemudian membuat kenyataan balas mendakwa kematian aktor itu adalah atas tanggungjawab dirinya sendiri. Porshe memfailkan hujah membela diri sebanyak tujuh muka surat dan turut memuatkan persetujuan Walker mengenai risiko pemanduan merbahaya kenderaan model Carrera GT.

Peguam keluarga Walker, Jeff Milam membidas kenyataan itu dan memberi penekanan kepada kecuaian Porshe dalam menghasilkan kenderaan yang menyediakan sistem keselamatan yang lengkap. "Seandainya Porshe menyediakan ciri-ciri keselamatan yang lengkap dan betul, kemungkinan besar Walker akan terselamat dalam nahas itu. "Justeru, Wakler dapat meneruskan kerjayanya sebagai teraju utama filem Fast and Furious dan juga menjalankan tanggungjawab sebagai bapa kepada anak perempuannya," kata Milam dalam satu kenyataan.

0 Response to "Bapa Paul Walker saman Porsche"

Post a Comment