Amber Heard bicara kes anjing april depan

HOLLYWOOD: Isteri pelakon Johnny Depp, Amber Heard, berdepan perbicaraan di Australia April tahun depan atas dakwaan menyeludup masuk dua anjing peliharaannya ke negara itu dalam kes yang digelar 'perang terhadap anjing.

Heard berdepan dua dakwaan sengaja menyeludup masuk produk terlarang yang melanggar Akta Kuarantin. Perbicaraan ditetapkan pada 18 April depan di Mahkamah Majistret Southport di Gold Coast, Queensland, dengan pegawai mahkamah memberitahu AFP aktres itu dikehendaki hadir pada sesi keterangan.

Selepas kejadian pada Mei lalu, Heard berjanji tidak akan kembali ke Australia walaupun laporan awal bulan ini menyebut beliau menghormati undang-undang Australia.

0 Response to "Amber Heard bicara kes anjing april depan"

Post a Comment