KUALA LUMPUR: Penyanyi Hafiz Suip menafikan dakwaan mengatakan beliau sering membatalkan persembahan pada saat akhir dan mempunyai masalah disiplin menjadi faktor utama kerjaya seninya semakin suram. Hafiz, 25, berkata, beliau terkejut dengan khabar angin yang timbul dan menjelaskan sebarang urusan mengenai kerjaya seninya diuruskan sepenuhnya oleh pihak pengurusan.
"Setakat ini saya belum pernah membuat perangai seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak itu. "Sebarang urusan mengenai show dan sebagainya diuruskan oleh pihak pengurusan.
Jadi mereka yang bertanggungjawab berurusan dengan pihak penganjur. "Mengenai isu semakin suram itu, hidup seseorang itu ibarat roda dan tidak selamanya berada di atas. Saya sendiri tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengatakan saya adalah nombor satu," katanya kepada BH Online.
Sementara itu, pelantun lagu Bahagiamu Deritaku itu mengakui mengalami kesukaran untuk melontarkan vokal seperti biasa selepas memakai pendakap gigi beberapa bulan lalu. Hafiz berkongsi beliau sedang menyesuaikan diri untuk menyanyi sambil memakai pendakap gigi bagi memastikan mutu persembahan tidak terjejas.
"Saya ada akui sukar untuk melontarkan suara seperti biasa kerana terdapat beberapa konsonan yang sukar untuk disebut. "Lebih kurang dua tiga kali juga saya mencuba untuk membiasakan diri kerana saya masih baru memakai pendakap gigi.
"Doktor menjelaskan bahawa keadaan gigi saya masih berada dalam keadaan baik dan hanya perlu memakai pendakap gigi untuk tempoh enam bulan saja.
"Namun saya berharap agar vokal saya tidak terjejas untuk Anugerah Juara Lagu yang bakal menjelang tidak lama lagi," katanya kepada BH Online. Sementara itu, penyanyi kelahiran Sarawak itu meluahkan rasa teruja kerana tercalon ke peringkat separuh akhir Muzik Muzik pada tahun ini.
Biarpun, menyandang gelaran Vokal Terbaik sebanyak dua kali namun Hafiz memilih untuk tidak mendabik dada dan menganggap rezeki berpihak kepadanya.
"Saya tidak pernah yakin untuk menggondol kategori Vokal Terbaik kerana semuanya bergantung kepada rezeki.
"Tipulah jika tidak berharap namun saya enggan meletakkan harapan terlalu tinggi kerana tidak mahu kecewa sekiranya anugerah itu tidak menjadi milik saya," katanya. Bahang separuh akhir Muzik Muzik sudah bermula dan Hafiz mempertaruhkan lagu duet bersama Adira berjudul Untuk Cinta pada kali ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Hafiz kini sukar menyanyi"
Post a Comment