Balu pelawak Harun Salim Bachik terpaksa mengambil keputusan membawa
diri dengan pulang ke kampung halamannya di Kulim, Kedah selepas tidak
mampu menanggung sara hidup di ibu kota.
Surianti Mohd Nor, 35, berkata, sumber pendapatan menjual produk
kesihatan Legasi Hsb tidak mencukupi bagi menampung kos sewa rumah dan
anak-anak yang masih bersekolah.
"Saya akui tertekan dan tidak mampu lagi untuk menyara hidup kami anak
beranak di Kuala Lumpur, sebab itu saya ambil keputusan untuk balik
kampung Isnin depan.
"Sewa rumah sahaja RM1,500, anak-anak yang sedang membesar lagi, ini pun
semua barang-barang kemas saya terpaksa digadai. Sekurang-kurangnya
bila balik kampung saya akan mulakan hidup baru bersama ibu-bapa saya,"
ujarnya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Surianti meluahkan perasaan terkilan dan berasa dipinggirkan selepas pemergian arwah pada 8 Mac lalu.
Tambahnya, kenyataan pelawak yang juga anak didik arwah iaitu Achey
dalam sebuah portal hiburan atas talian yang kononnya sering bertanya
khabar keluarga mereka juga tidak benar.
"Hidup kami sempit dan lebih terkilan apabila kawan-kawan arwah
menjauhkan diri kecuali Afdlin Shauki sahaja yang beri bantuan untuk
persekolahan anak-anak saya.
"Saya ada terbaca kenyataan Achey baru-baru ini kononnya dia sering
bertanya khabar dengan anak-anak saya, namun sebenarnya tidak pernah
pun. Datang menjenguk kami pun tidak pernah.
"Dia (Achey) ada buat kenyataan yang dia sudah serah semua share
perniagaan yang dikongsi bersama arwah sebelum ini kepada keluarga dan
hal itu pun saya tidak tahu kerana mereka sudah removed saya dari grup
perniagaan tersebut," ujarnya.
Sementara itu, kata Surianti, dia pernah memohon untuk berniaga di
karnival-karnival yang dianjurkan oleh pihak tertentu atas tiket isteri
artis tetapi tidak dilayan.
Katanya, perkara tersebut membuatkankan dirinya semakin tertekan dan rasa tersisih dari masyarakat.
"Ada beberapa kali saya mohon untuk sertai karnival jualan tetapi tidak
dibenarkan pihak penganjur kerana saya bukan artis, walhal isteri
artis-artis lain boleh pula.
"Tidak apalah mungkin rezeki saya sudah tidak ada di sini dan saya ingin
mula hidup baru di kampung. Anak-anak pula saya sedang dalam proses
untuk tukar sekolah mereka di sana," ujarnya.
Surianti berkawin dengan Allahyarham Harun Salim Bachik pada tahun 2000.
Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Siti Hazeera Sofea, 12, Hakeem
Sufy Al-Rashid, 14.
Menerusi perkahwinan pertama dengan Martinah Ahmad, Harun memilki empat
orang anak namun perkahwinan pertama itu tidak bertahan lama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Balu Harun Salim Bachik tertekan"
Post a Comment