HOLLYWOOD: Imej pelakon Jennifer Lawrence telah dikeluarkan dari poster The Hunger Games: Mockingjay (Part Two) di Israel.
Poster untuk filem itu telah ditapis supaya watak utama Katniss (Jennifer) tidak lagi muncul dalam mana-mana bahan promosi.
Memetik laporan Metro.co.uk, tindakan ini diambil diatas sebab
vandalisme, kerana gambar-gambar itu dianggap ganas untuk memaparkan
seorang wanita dalam keadaan sedemikian.
Yerusalem dan Bnei Brak adalah antara bandar bertanggungjawab menyunting
gambar Katniss dari poster itu ekoran tindakan sekumpulan Yahudi
menentang imej wanita dijadikan tontonan umum.
Menurut The Telegraph, imej ahli politik wanita, mangsa wanita holocaust
dan juga aksesori wanita seperti beg tangan dan kasut telah dilarang di
kebanyakan bandar di Israel.
Naib Presiden Nur Star Media, Liron Suissa, dalam satu temuramah dengan
akhbar Israel Ynet: "Kita pernah menghadapi vandalisme yang tidak
berkesudahan dan pelanggan memilih untuk tidak mengambil peluang. Kami
membenarkan segala-galanya.Keputusan itu adalah berhak pelanggan.
Syarikat media Nur Star merupakan media yang bertanggungjawab mengendalikan promosi filem ini di Israel.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Israel tidak benarkan Jennifer Lawrence"
Post a Comment