Baru-baru ini, Cik Non menemani teman berurusan di kaunter Jabatan
Imigresen untuk perbaharui pasport. Sementara menunggu pasport siap
dalam satu jam, sempatlah teman Cik Non berborak.
Rancak berborak, terkeluar cerita pasal penyanyi dan komposer kelahiran
Singapura yang kini membina nama di Malaysia, siapa lagi kalau bukan Awi
Rafael.
Kata teman Cik Non, selama ini penyanyi itu didakwa ‘kantoi’ bekerja
tanpa permit di Malaysia! Sebaliknya selama ini dia sering
menyalahgunakan pas lawatan dengan melakukan banyak aktiviti seni
terutama persembahan nyanyian di Malaysia.
Dia juga dikatakan pernah ditahan imigresen atas kesalahan itu tapi Cik Non tak pasti apa tindakan yang dikenakan kepadanya.
Kalau betul apa yang berlaku, ia perkara yang tidak sepatutnya berlaku
kerana negara kita ada undang-undang yang wajib dihormati.
Kebetulan negara kita memang ramai artis dari luar negara yang membina
nama sedari dulu. Jadi, tak mustahil isu-isu berkaitan timbul.
Nasihat buat artis bukan warganegara Malaysia yang mencari sesuap nasi
di sini, tolong hormat undang-undang Malaysia. Bak kata pepatah, masuk
kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Salah guna pas lawatan - Awi Rafael"
Post a Comment