Alyah mungkin berhenti menyanyi


KUALA LUMPUR: Penyanyi Datin Alyah mengakui, selama sembilan tahun bergelar anak seni bermula dengan lagu hits pertama Tak Mungkin Kerna Sayang, dia belum pernah ada masa untuk berehat panjang.

Mengakui adakalanya berasa penat lantas membuatkan pemilik nama Noor Hasliah Abu Hasan, 34, ini beberapa kali terfikir mahu berhenti menyanyi.

“Sudah beberapa kali sebenarnya saya terfikir untuk memperlahankan kerjaya nyanyian. Sejak sembilan tahun lalu saya tidak pernah merasa bercuti panjang walau hanya untuk sebulan.

“Saya juga perlukan masa untuk keluarga kerana selama ini jarang sekali berpeluang menghadiri kenduri keluarga dan sambutan ulang tahun ibu pun saya hanya sampaikan ucapan melelui telefon sahaja.

“Sejak bergelar penyanyi rezeki tidak pernah putus. Inilah yang saya mahukan sejak dahulu, jadi apabila sudah dapat tidak mungkin saya akan tinggalkan," katanya seperti yang dilaporkan Mangga Online.

Bukan sahaja sibuk dengan jadual persembahan, malah pemilik nama Noor Hasliah Abu Hasan, 34, ini juga sering kali berhadapan dengan kontroversi.

Antara kontroversi hebat yang pernah melanda penyanyi ini ialah berkaitan perkahwinan rahsianya dengan maestro muzik Datuk Ramli MS.

Kini semuanya sudah terungkai dan Alyah sendiri dilihat terbuka untuk berkongsi gambar bersama suami di laman sosial.

“Untuk menjadi seorang penghibur berjaya, kontroversi adalah satu hal yang harus ditempuhi dengan bijak. Sebagai manusia biasa saya tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Apa yang penting ialah kembali bangkit,” ujarnya yang turut menyatakan kini semakin matang dan semakin tahu untuk menguruskan rumah tangga.

Perkembangan lain, Alyah bakal beraksi di pentas separuh akhir Muzik Muzik 30 pada 29 November ini bertempat di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Beliau mempertaruhkan lagu berjudul Syurga yang ditulis sendiri dan muzik oleh Omar K.

0 Response to "Alyah mungkin berhenti menyanyi"

Post a Comment