KUALA LUMPUR: Selepas berjaya menyentuh emosi sekaligus membuatkan ramai penonton
menitiskan air mata menerusi filem Ombak Rindu, pengarah Osman Ali
muncul dengan garapan terbaru Langit Cinta yang bakal menjengah oawagam
seluruh tanah air mulai 7 Januari 2016.
Menariknya, karya kali ini dinspirasikan dari kisah sebenar percintaan
ibu bapanya sendiri. Selain menyuntik elemen alam semula jadi seperti
laut, langit dari segi sinematografi.
"Saya dapat banyak respon positif dan permintaan yang mahukan sambungan Ombak Rindu tapi sayangnya kita tidak dapat buat sekual.
"Jadi saya mula tulis jalan cerita lain dan cuba untuk tidak mahu dibayangi dengan Ombak Rindu.
"Saya dapat inspirasi Langit Cinta daripada kisah sebenar bibit
pertemuan dan percintaan ibu bapa saya. Ibu saya tinggal di sebuah pulau
di Selatan Thai dan di situ ayah saya bertemu dengan ibu saya
"Kali ini saya banyak beri tumpuan pada sinematogorafi. Saya banyak
bermain dengan alam misalnya langit antara salah satu yang menjadi watak
utama," katanya berkongsi serba sedikit mengenai idea filem tersebut
ketika ditemui pada majlis pelancaran rangkaian promosi Langit Cinta
bertempat di Menara KL, baru-baru ini.
Filem terbitan Astro Shaw ini diterajui gandingan Nur Fazura dan Keith
Foo serta barisan pelakon seperti Farid Kamil, Siti Saleha, Normah
Damanhuri, Datuk Jalaluddin Hassan, Dian P. Ramlee, Ammar Alfian dan
ramai lagi.
Osman Ali (tiga dari kanan) bersama barisan pelakon filem Langit
Cinta.Osman Ali (tiga dari kanan) bersama barisan pelakon filem Langit
Cinta.
Menjalani penggambaran sekitar bulan September lalu di Pulau Langkawi, filem tersebut menelan kos sebanyak RM1.5 Juta.
Osman dalam pada itu mengakui berdepan dengan cabaran besar iaitu cuaca
yang tidak menentu dan berlaku angin monsun dan ombak besar hingga
menyebabkan penggambaran terpaksa ditangguhkan beberapa kali.
"Banyak perkara indah yang berlaku sepanjang penggambaran. Selain
cabaran paling besar ialah keadaan cuaca yang tidak konsisten. Misalnya,
sewaktu babak di laut, kami semua sudah bersedia untuk mulakan
penggambaran namun kami diarahkan berpatah balik oleh pihak jabatan laut
kerana kami dimaklumkan akan berlaku ombak besar.
"Disebabkan itu, beberapa kali kami terpaksa menangguhkan penggambaran.
Tetapi penggambaran tidak dianjakkan kerana mengambil kira banyak faktor
seperti jadual pelakon yang terlibat.
"Jadi mahu tak mahu, produksi terpaksa meneruskan penggambaran sebaik saja keadaan cuaca kembali baik, katanya.
Langit Cinta mengisahkan perjalanan hidup gadis desa bernama Khadeja
dalam penantian cinta sejati. Dia bertemu dengan Aliff, pemuda dari
keluarga berada. Namun cinta suci mereka tentang oleh keluarga Aliff
lalu memisahkan ikatan kasih sayang mereka.
Khadeja terpaksa berdepan pelbagai dugaan sepanjang ketiadaan Aliff di
sisi. Disaat Khadeja haampir putus harapan pada cinta Aliff, Budiman
menawarkan dirinya bagi merawat luka di hati Khadeeja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Langit Cinta ikuti jejak cinta ayah dan ibu saya - Osman Ali"
Post a Comment