HOLLYWOOD: Pembikin filem popular Amerika, Francis Ford Coppola, memetik ayat
al-Quran dan menegaskan Islam sebagai agama keamanan ketika diminta
mengulas tentang perkembangan semasa di Festival Filem Antarabangsa
Marrakesh minggu lalu.
Coppola yang merupakan ketua juri bagi festival filem tersebut menjawab
soalan wartawan tentang situasi semasa yang sering mengaitkan Islam
dengan keganasan.
Selepas mengulas tentang sejarah keganasan berkaitan Islam yang perlu
dikaji seawal Perang Dunia Pertama, Coppola mengkritik kumpulan
pengganas yang memberi tafsiran songsang terhadap kitab suci mereka
sendiri.
“Tetapi jika kamu tahu tentang Quran, ayat pertama di dalam Quran ialah:
dengan nama Tuhan, yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
Coppola terus menyatakan terjemahan surah Al-Fatihah sehingga ayat
keempat, lancar dan tegas tanpa merujuk sebarang catatan kemudan
menyambung komentarnya,
“Maha pemurah dan maha mengasihani. Tuhan malah mengulang ayat ini dua kali dalam satu muka surat yang sama.”
Bicara Coppola tidak terhenti di situ. Dia menyambung dengan menyebut
baki terjemahan surah tersebut hingga ke ayat terakhir dan kemudian
berkata:
“Sesiapa yang tahu tentang agama ini (akan tahu bahawa agama ini)
mencapai kegemilangan pada kurun ke-13, tamadun yang memberikan kita
sains dan matematik. Semua orang tahu akar umbi agama ini, dua perkataan
paling penting, bahawa Tuhan itu pemurah lagi mengasihani.
Kita percaya pada Tuhan itu agar membebaskan kita dari segala salah
faham yang menyakiti ramai orang ini. Tuhan tidak mahu sesiapa
disakiti.”
Francis Ford Coppola yang dilahirkan di Detroit pada tahun 1939
merupakan pengarah tersohor Hollywood yang telah mengarahkan beberapa
filem terbaik sepanjang zaman seperti trilogi The Godfather dan
Apocalypse Now.
Beliau juga merupakan antara enam orang dalam sejarah anugerah Academy
yang pernah memenangi Oscar bagi kategori penerbitan, arahan, dan lakon
layar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Pengarah Hollywod pertahankan Islam"
Post a Comment