Penjagal gol kebangsaan Khairul Fahmi dapat anak kedua

Tahniah diucapkan buat penjaga gol bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apexs) selepas isterinya, Leuniey Natasha telah selamat melahirkan anak kedua mereka semalam.

Berita gembira ini telah dikongsikan Apexs dan Leuniey menerusi akaun Instagram masing-masing dengan memuat naik wajah comel anak lelaki mereka yang dilahirkan dengan berat 3kg.

Untuk rekod, Apexs dan Leuniey berkahwin pada 28 Disember 2012 dan telah dikurniakan seorang anak perempuan yang bernama Kayla Elayna.

0 Response to "Penjagal gol kebangsaan Khairul Fahmi dapat anak kedua"

Post a Comment