KUALA LUMPUR: Kehadiran bakat-bakat baharu dalam industri hiburan tanah air kini dilihat sebagai satu perkembangan yang positif.
Menyedari perkara yang sama, pelakon cilik, Mia Sara akui tidak pernah
melihat kehadiran pelakon cilik baharu sebagai satu ancaman dalam karier
seninya malah, menganggap ia persaingan yang sihat.
“Saya tidak pernah rasa mereka itu pesaing atau musuh saya. Bagi saya
mereka dan saya masingmasing memiliki kelebihan dan bakat yang berbeza
dan ia sebagai satu persaingan sihat.
“Sebagai pelakon, kita tidak boleh memiliki perasaan cemburu tapi apa
yang patut adalah percaya pada rezeki masing-masing selain tidak
berputus asa untuk lakukan yang terbaik,” katanya yang tampil sebagai
pengacara bersama pelawak, Jihan Muse menerusi program Ceria All Stars
siaran Astro Ceria yang bakal bersiaran bermula 27 November, pada setiap
Jumaat, jam 9 malam.
Berkongsi pengalaman berperanan sebagai pengacara, Mia akui bertuah kerana digandingkan bersama pengacara diminatinya.
“Saya rasa teruja sangat dapat mengacara bersama Jihan kerana saya memang meminati dan mengikuti perkembangannya.
“Mengacara dengan Jihan beri pengalaman baharu kepada saya dan saya
tiada masalah bekerja dengannya tambahan pula dia kelakar, jadi kami
lakukannya dengan lebih spontan,” ujarnya.
Selain popular dalam bidang lakonan dan pengacaraan, Mia turut dilihat menyerlah dalam dunia
komersil apabila sering tampil sebagai duta produk.
Terbaharu, Mia ditawarkan sebagai duta produk makanan tambahan, Caliph Kids Experts.
“Saya sangat bersyukur atas rezeki ini. Bukan senang untuk menjadi duta pada usia muda seperti ini, " katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Mia sara tidak rasa cemburu"
Post a Comment