Nabila Huda nikah pada Disember ini

KUALA LUMPUR: Pelakon Nabila Huda mengesahkan bakal menamatkan zaman janda dengan kekasihnya, seorang pengurus restoran Kulcats sekitar Disember ini namun enggan mendedahkan tarikhnya.

"Memang benar saya akan bernikah pada Disember ini.

"Namun, saya tidak boleh memberitahu tarikh pernikahan kerana banyak lagi urusan yang belum selesai. Tunggulah sehingga kad diedarkan.

“Saya tidak akan berkahwin secara sembunyi, tetapi akan menjemput semua pihak termasuk media,” kata­nya seperti yang dilaporkan Kosmo! online

Terdahulu, Nabila pernah mendirikan rumah tangga dengan Zaidy Zailani pada tahun 2008 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Keisha Laila. Pasangan ini bercerai pada 10 November 2011 secara baik.

0 Response to "Nabila Huda nikah pada Disember ini"

Post a Comment