HOLLYWOOD: Ibu tunggal beranak tiga, Kourtney Kardashian, 36, dikhabarkan sedang
hangat menjalin cinta dengan penyanyi remaja popular, Justin Bieber, 21.
Kakak kepada bintang realiti popular Kim Kardashian itu dikatakan makin
menjadi tumpuan dengan gaya dan bentuk tubuh menggiurkan selepas
berpisah dengan bekas suaminya, Scott Disick, 32, Julai lalu.
Menurut
sumber terdekat, pasangan itu dilihat semakin mesra dan sering keluar
bersama sejak akhir-akhir ini.
Malah, Kourtney juga dikatakan sering
meninggalkan hotel yang didiami Bieber di Beverly Hills pada jam 4 pagi.
"Bieber kelihatan matang dan baik ketika menghabiskan masa bersama
Kourtney.
Ternyata Bieber sedang cuba memenangi hati Kourtney dengan
menampilkan sisi matang dirinya," kata sumber itu. Bekas teman lelaki
Selena Gomez itu dikatakan berkongsi perkhabaran gembira dan berbangga
bercerita kepada teman rapat yang dia sedang dilamun cinta dengan
Kourtney.
Bieber yang popular dengan lagu Sorry itu adalah kenalan rapat
keluarga Kardashian dan Jenner. Paparazzi sempat merakamkan gambar
Bieber menjaga anak Kourtney iaitu Mason, 5; Penelope, 4 dan Reign yang
berusia 11 bulan.
Selain itu, bekas pengurus jelajah yang juga sahabat
rapat Bieber iaitu Corey Gamble, pula sedang bercinta dengan ibu
Kourtney, Kris Jenner. Bieber juga turut pernah bergambar secara santai
bersama adik tiri Kourtney iaitu Kendall Jenner.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Betul ke Kourtney dan Bieber saling bercinta?"
Post a Comment