KUALA LUMPUR: Kritikan Izreen Azminda terhadap lakonan Amar Baharin menerusi laman
Instagramnya baru-baru ini, nyata mengundang rasa kurang senang
segelintir peminat aktor itu.
Bukan sengaja mencetuskan kontroversi, Izreen menegaskan kritikannya itu
berdasarkan pemerhatiannya sebagai penonton selepas menyaksikan
pementasan teater Tenggelamnya Kapal Van der Wijck, yang berlangsung di
Istana Budaya, beberapa minggu lalu.
Katanya, sebagai penonton dia berhak untuk memberikan pandangan terhadap
lakonan Amar yang membawa watak sebagai Zainudin menerusi teater
tersebut.
“Komen saya adalah komen positif yang memberi peluang kepada pelakon Amar memperbaiki lagi lakonannya selepas ini.
“Saya bukan meroyan tidak tentu pasal nak komen sesuka hati, sehingga menjejaskan namanya.
"Komen saya penuh dengan bahasa berlapik yang pada anggapan saya akan
diambil oleh Amar untuk memperbaiki lagi lakonannya,” katanya kepada
Zass.
Jelas Izreen lagi, dia juga bukan sengaja mahu mengeruhkan hubungannya
dengan aktor itu, sebaliknya sekadar menasihati rakan artis.
“Saya bukan nak cari pasal, jauh sekali nak cemburu. Seperti yang saya
tegaskan tadi, komen itu hanyalah sebagai motivasi untuknya memperbaiki
lagi lakonan," katanya.
Ulas hubungan bersama bekas suami
Mengulas pula hubungannya dengan bekas suami setelah membangkitkan isu
sensasi baru-baru ini, Izreen berkata, hubungan mereka tetap baik.
“Ketika itu, saya tidak maksudkannya dia (tinggal serumah dengan kekasih).
“Bagaimanapun, bekas suami sudah meminta maaf jika ada perkara yang kurang disukai saya berlaku.
“Kami memang akan menegur secara bergurau dan menerima dengan hati terbuka,” katanya.
Berkongsi pula mengenai perkembangan seninya, Pelakon berusia 30 tahun
ini berkata, sehingga awal tahun hadapan jadualnya memang sangat padat.
“Alhamdulillah, Disember ini, saya akan menjadi pengacara bagi program
Layar Kasih di RTM dan akan keluar dalam telefilem berjudul Aku Seorang
Perempuan oleh stesen televisyen sama pada bulan yang sama juga.
“Selain itu akan juga muncul dalam drama di TV3 berjudul Kolam Cinta dan beberapa lagi cerekarama di Astro Ria.
“Tahun hadapan pula akan muncul dalam drama episod di Astro berjudul Kak
Marr yang turut menampilkan pelakon Rozita Che Wan,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Saya bukan meroyan : Izreen azminda"
Post a Comment