KUALA LUMPUR: Baru-baru ini kecoh seketika apabila pelakon Benjy ditahan kerana
memiliki dadah. Lebih teruk beliau ditahan lebih dari sekali. – Benjy
Ditahan Lagi Buat Kali Ke-4 Kerana Dadah
Sedia maklum jika membabitkan kes dadah ini tidak kemana pun sama ada ke tali gantung ataupun dipenjarakan seumur hidup!
Setelah agak lama tidak mendengar isu ini, Mahkamah Majistret di sini,
hari ini melepas dan membebaskan pelakon Benjy dan rakan wanitanya
daripada dua tuduhan memiliki syabu, Mac lalu
Majistret Nur A’minahtul Mardiah Md Nor membuat keputusan itu terhadap
Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim, 38, dan Julia
Ernie Jamaludin, 26, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal
menimbulkan prima facie terhadap kes itu.
Benjy dan Julia Ernie masing-masing didakwa memiliki dadah jenis Syabu
1.71 gram (g) dan 3.01 g di sebuah bilik hotel di Jalan Yap Ah Shak,
Dang Wangi, di sini, pada jam 9.30 malam, 5 Mac lalu.
Sementara itu, mahkamah mengarahkan Julia Ernue untuk membela diri atas
satu lagi tuduhan memiliki 0.37 g syabu di tempat dan masa sama.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, S Malini Anne
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Akhirnya Benjy bebas dari tuduhan miliki syabu"
Post a Comment