HAMIL: Desas desus yang mengatakan bahawa penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza sedang hamil anak sulung akan terbukti.
Ini berikutan sekeping gambar yang mula tersebar menunjukkan Siti Nurhaliza dengan bentuk badan yang semakin berisi dan perut yang membuncit menguatkan lagi teka-teki peminat meskipun penyanyi itu masih belum membuat pengesahan mengenainya.
Sebuah laman portal melaporkan, gambar yang tersebar itu diambil baru-baru ini ketika mempromosikan Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL30).
Menurut sumber, berita kehamilan Siti disahkan oleh keluarga terdekat penyanyi itu apabila menyatakan kandungannya kini sudah memasuki enam minggu.
Berita kehamilan Siti mula menjadi bualan apabila penyanyi Hetty Koes Endang mengusap perutnya semasa konsert Satu Suara Volume 2, di Istana Budaya minggu lalu.
Dalam konsert itu Hetty, berdoa agar Siti cepat hamil dan dikurniakan zuriat.
Sehari selepas itu, muncul satu video di atas pentas konsert itu apabila Hetty melarang Siti melompat dan terlalu agresif sambil menunjuk isyarat di perut penyanyi itu.
Siti sebelum ini turut memuat naik gambar kurma dan susu kambing di Instagram miliknya yang sinonim untuk kesihatan ibu mengandung.
Namun dalam satu sidang akhbar, Siti tidak menafikan dan mengesahkan mengenai kehamilannya itu. Difahamkan, pihak Siti enggan berkongsi cerita itu disebabkan usia kandungan yang masih baharu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Semenjak hamil Siti Nurhaliza nampak berisi"
Post a Comment