KUALA LUMPUR: Penyanyi Black Hanafiah mengakui namanya semakin suram sejak akhir-akhir ini ekoran jarang muncul dalam program televisyen.
Black atau nama sebenarnya, Hanifah Hanafiah, 28, berkata, dia kini
lebih banyak menumpukan kepada persembahan korporat dan tertutup yang
kebanyakkannya berlangsung di luar Kuala Lumpur.
"Saya memang jarang muncul dalam program televisyen dan sebab itu nama
agak suram tetapi saya masih aktif sebagai penyanyi tetapi lebih banyak
memberi tumpuan kepada acara korporat dan tertutup.
"Malah saya kini banyak menerima undangan persembahan di luar Kuala
Lumpur menyebabkan tidak dapat memberi komitmen kepada program
televisyen sekiranya dijemput pihak stesen," katanya.
Bagaimanapun kata Black, dia tidak melihat perkara itu sebagai satu
masalah sebaliknya sebagai satu strategi dalam mempromosikan single
terbaharunya pada masa akan datang.
"Bila jarang muncul peminat akan tertanya-tanya dan ini adalah strategi
baik untuk karier dan pelancaran single terbaharu saya nanti.
"Malah lagu-lagu saya sebelum ini masih banyak dimainkan di stesen radio
jadi kiranya saya bukan hilang begitu sahaja," jelasnya.
Dalam pada itu, Black berkata, sejak berkahwin dan mempunyai anak dia
lebih fokus terhadap kerjayanya kerana ingin memberikan kehidupan
terbaik kepada mereka.
Malah kata Black, apa sahaja dilakukan fikirannya memikirkan kepentingan keluarganya berbanding dirinya sendiri.
"Jika dahulu sebelum berkahwin boleh main-main tetapi sekarang apa sahaja yang saya lakukan adalah untuk keluarga dan anak.
"Sementara usia masih muda saya ingin bekerja keras demi masa depan keluarga saya," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Black berkata, dia bersyukur apabila lagu Mana
Mungkin ciptaan sepenuhnya oleh Ajai terpilih ke peringkat separuh akhir
program Muzik-Muzik.
Jelas Black, dia memang mensasarkan lagu nyanyiannya itu mara ke
peringkat tersebut dan berharap ia layak untuk bertanding pada Anugerah
Juara Lagu 30 (AJL 30) yang dijangka diadakan pada Januari tahun
hadapan.
"Saya gembira apabila mendapat tahu lagu berkenaan mara ke peringkat
separuh akhir kerana saya memang menyasarkan untuk memasuki AJL 30 dan
berharap ia mendapat tempat ke peringkat akhir," katanya.
Tambah Black, Selain fokus kepada Muzik-Muzik dia juga kini sedang sibuk
dengan program Juara Parodi selain bakal terlibat dalam sebuah program
realiti yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Black Hanafiah jelas karier dia semakin suram"
Post a Comment