KUALA LUMPUR: Aktor Beto Kusyairy mengakui berlakon membantunya membuang sifat pemalu yang ada di dalam dirinya.
Pelakon berusia 35 tahun itu memulakan kerjaya lakonannya selepas diberi
peluang untuk menggantikan seorang pelakon tambahan yang tidak dapat
hadir menjalani penggambaran.
Sebelum itu, teraju utama Bravo 5 ini sudah pun bergiat aktif sebagai kru di belakang tabir sejak 1998.
“Sebelum ini, saya seorang yang sangat pemalu. Namun, apabila berlakon, saya ‘dipakaikan’ dengan pelbagai watak.
“Oleh itu, secara tidak langsung, ia menjadi terapi kepada diri saya dalam menghakis sifat pemalu itu,” katanya.
Baru saja meraih kejayaan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah
Skrin 2015 (ASK2015), Beto bagaimanapun tidak mahu menjadikan ia sebab
untuk naikkan harga bayarannya selepas ini.
“Setiap bayaran diterima perlulah berdasarkan kepada kualiti kerjanya.
Barulah, profesion yang dipilih ini menjadi satu kerjaya diiktiraf,”
katanya.
Malah, pemilik nama sebenar Nurkusyairy Zakuan Osman ini juga mengakui
perjalanan karier seninya agak getir sebelum menikmati kejayaan pada
hari ini.
“Alhamdulillah, kini saya sudah berada pada tahap yang selesa selain boleh memilih karya yang saya mahu.
“Perjalanan karier saya bukanlah mudah. Saya pernah ditipu malah ada penggambaran terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir.
“Namun, itu tidak mematahkan semangat saya sebaliknya menjadikan saya
lebih bersyukur dengan apa yang saya capai setakat ini,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Malu bukan sifat saya - Beto Kusyairy"
Post a Comment