KUALA LUMPUR: Pernah di saat drama Rindu Awak 200 % hangat diperkatakan ketika bersiaran di TV3, ada cerita lain timbul mengatakan wujud cinta lokasi antara gandingan utamanya Ayda Jebat dan Zul Ariffin. Ketika itu juga Zul masih menjalinkan hubungan dengan penerbit dan bekas Naib Presiden Astro Shaw, Gayathri Su-Lin Pillai.
Bagaimanapun Ayda ketika gosip itu hangat diperkatakan, dia pantas menafikan. Malah bagi Ayda, tiada alasan untuk dia mengganggu perhubungan orang. Namun baru-baru ini, selepas hubungan Zul dengan Gayathri putus, bertebaran pula kisah mengaitkan Zul rapat dengan pelakon baharu, Zahira MacWilson.
Barangkali selepas Zahira muncul dalam hidup Zul, Ayda tidak lagi akan terus dikaitkan menjadi punca kepada keretakan hubungan Zul dengan Gayathri. "Saya tak berhak memberi komen kepada hal ini. Sebagai manusia saya sendiri tak boleh menghukum dengan mengandaikan Zahira punca keretakan Zul dan bekas kekasihnya. Saya tak tahu situasi sebenar.
"Mungkin juga Zahira hadir ketika Zul sudah benar-benar solo. Tak timbul juga saya sudah boleh lega dan tidak dipersalahkan lagi selepas Zahira muncul. Kita tak tahu apa yang bakal terjadi. "Saya doa yang terbaik buat Zul kerana dia pernah menjadi hero saya dalam drama," katanya. Ditanya apakah selepas drama Rindu Awak 200 % dan MAID, masih ada yang mahu dia dan Zul bergandingan semula, Ayda memberitahu permintaan itu masih ada.
"Sebenarnya memang ada yang minta kami digandingkan lagi. Ada penerbit dan pengurus produksi yang menghubungi untuk bertanyakan hal itu. Saya tak ada masalah bergandingan dengannya. Cuma soal sekarang ialah masa. Masa tak kena. Tapi Alhamdulillah gandingan kami masih relevan dan siapa tahu pada masa mendatang, ada rezeki kami bersama lagi di dalam drama," katanya.
Sebelum ini kecoh seketika apabila peminat mula menyedari Zul memadamkan gambarnya bersama Ayda di laman Instagram sedangkan Ayda memilih untuk menyimpan gambar mereka bersama kerana ia menjadi kenangan dan mempunyai nilai sentimental. Ada berpandangan tindakan Zul itu didorongi dirinya yang mahu menjaga perasaan teman akrab terbaharunya, Zahira.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Ayda Jebat doakan yang terbaik untuk Zul Ariffin"
Post a Comment