KUALA LUMPUR: Penyanyi nombor satunegara Datuk Siti Nurhaliza akhirnya kini hamil
hampir dua bulan selepas Sembilan tahun mendirikan rumah tangga.
Berita kehamilan itu dilaporkan akhbar Utusan Malaysia pada Jumaat yang memetik sumber keluarga terdekat penyanyi itu.
Mengikut perkiraan, Siti, 36, dijangka bersalin pada bulan Jun atau Julai tahun depan.
Kehamilan Siti mula menjadi bualan apabila dia menggambarkan seolah-olah
sedang berbadan dua selepas bergurau dengan Hetty Koes Endang semasa
konsert Satu Suara Volume 2 di Istana Budaya minggu lalu.
Dalam konsert itu Hetty berkata jika Siti mengandung dia akan memberikan hadiah mikrofon paling mahal.
Siti juga turut memuat naik gambar kurma dan susu kambing di Instagram miliknya yang sinonim untuk kesihatan ibu mengandung.
Namun Siti dan juga suaminya Datuk Seri Khalid Muhamad Jiwa atau Datuk K
tidak menafikan dan juga tidak mengiyakan mengenai perkembangan berita
baik itu.
Difahamkan, pihak Siti enggan berkongsi cerita itu disebabkan usia kandungan yang masih baharu.
Siti dan Datuk K bernikah pada 21 Ogos 2006.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Siti Nurhaliza hamil hampir 2 bulan"
Post a Comment