Hanya Mesra Di Set : Zul Ariffin

KUALA LUMPUR: Barangkali ramai yang tertanya-tanya reaksi Ayda tentang 'heronya', Zul Ariffin yang baru-baru ini mengakui sedang menjalin hubungan dengan pelakon Zahirah MacWilson.

Masakan tidak, sebelum Zul Zahirah 'berkawan rapat', Ayda Jebat adalah antara individu yang sering digosipkan bercinta dengan aktor berbadan sasa itu sementelah kemesraan dan kekerapan mereka berganding dalam drama mahupun ketika menghadiri acara berprestij tempatan.

Walhal, Zul pada waktu itu didakwa hangat bercinta dengan Gayatri Su-Lin Pillai.

Memetik laporan Kosmo! Ayda yang enggan mengulas lanjut tentang hal itu turut mengakui tida ada sedikit pun rasa terguris hati ekoran Zul memilih wanita lain

"Saya dan Zul hanya mesra di set penggambaran. Malah di luar set ketika sedang melepak, kami bergurau kasar dengan membahasakan diri masing-masing sebagai 'aku dan kau'.

"Dengan siapa Zul mahu menjalin hubungan, itu adalah hak peribadi dia. Saya bukan siapa-siapa untuk menghalang dia. Ingin ditegaskan, saya dan dia hanya rakan sekerja. Tidak lebih daripada itu.

Saya doakan yang baik-baik sahaja kerana sebagai rakan dapat merasakan dia letih dengan segala tohmahan tentang status perhubungannya. Selain itu, saya profesional ketika melakukan kerja dan yakin dia juga begitu," katanya.

0 Response to "Hanya Mesra Di Set : Zul Ariffin"

Post a Comment