FILEM: Belum pun memulakan penggambarannya, namun filem Abang Long Fadil 2
sudah di hinggap kontroversi apabila pelakon, Kamal Adli meluahkan rasa
kesal tersingkir daripada pembikinan sekuel filem tersebut.
Apatah lagi, penerbit filem tersebut, Datuk Yusof Haslam memberi
penjelasan bahawa pengguguran Kamal dibuat bagi mengelakkan rasa kurang
selesa yang wujud antara Kamal dan pelakon utama Abang Long Fadil, Zizan
Razak.
Bagaimanapun pengarah yang juga penulis skrip Abang Long Fadil
menjelaskan hanya Zizan Razak yang kekal dalam sekuel filem itu sebagai
watak utama.
Jelasnya demi mencari kelainan, dia menampilkan perjalanan hidup Abang
Long Fadil yang baharu dan tidak lagi melibatkan para pelakon dalam
filem sebelumnya.
"Sebenarnya apa yang berlaku hanyalah salah faham kerana saya sudah
menulis skrip dan jalan cerita yang baharu serta tidak melibatkan
pelakon dari filem pertama.
"Manakala Syamsul pula muncul dengan watak baharu kerana kalau ikutkan watak Shark sudah ditamatkan dalam KL Gangster.
"Jadi tidak ada isu Kamal digugurkan kerana tidak ada pelakon lama yang
tampil dalam sekuel Abang Long Fadil," katanya ketika ditemui pada
majlis pelancaran sekuel filem berkenaan di Restoran Haslam, Kuala
Lumpur baru-baru ini.
Filem kerjasama pertama Skop Productions dan Astro Shaw ini bakal
menelan belanja sebanyak RM 3.2 juta. Sudah memulakan penggambaran sejak
15 November lalu di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Selain Zizan, filem ini turut menampilkan pelakon-pelakon lain seperti
Datuk AC Mizal, Tania Hudson, Achey, Shuib Sepahtu, A Galak, Wak Doyok
dan Syamsul Yusof.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Hanya Zizan Razak kekal : Syafiq Yusof"
Post a Comment