KUALA LUMPUR: Sebelum ini, pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta menyedari terdapat segelintir pihak yang mempertikaikan kemewahannya.
Situasi itu terjadi ekoran kekerapannya melancong ke luar negara selain menjalani kehidupan yang serba mewah.
Pada masa sama, pertikaian itu semakin menjadi-jadi apabila Che Ta kini tidak aktif dalam kerjaya seninya, sejak akhir-akhir ini.
Tidak bersetuju dengan kritikan itu, adiknya, Ayu Raudhah tampil mendedahkan situasi sebenar.
Kata pelakon berusia 30 tahun itu, Che Ta sebenarnya adalah seorang wanita yang terlalu kuat bekerja.
“Jika kita bekerja keras, kenapa orang nak pertikai pula kan?
“Macam Che Ta, dia memang kerja keras sampai tidur pun cukup, jadi berbaloilah dengan apa yang dia buat.
“Tak perlulah kita nak pertikai, kerana jika kita bekerja keras maka kita akan dapat pulangan yang setimpal,” katanya ketika ditemui pada majlis Anugerah Skrin 2015, baru-baru ini.
Ketika ditanya kepada pelakon drama bersiri Nur Kasih ini adakah sudah bersedia untuk menerima situasi sedemikian, Ayu menjawab:
“Tidaklah. Saya tidak rasa ia akan mengganggu kehidupan saya kelak,” katanya.
Pun begitu, pelakon drama bersiri Gemersik Kalbu ini percaya Che Ta adalah seorang kuat dan tidak mudah patah semangat.
“Apa-apa pun saya tumpang gembira dengan kehidupannya dan keluarga melihat mereka sudah ke tahap itu (mewah).
“Saya dan adik beradik lain juga mahu mengikut jejaknya menjadi ahli perniagaan yang berjaya,” katanya.
Kini, Ayu dan Che Ta bekerjasama menjalankan perniagaan tudung dan fesyen di bawah jenama Zeta En Rawdah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Che Ta kerja kuat: Ayu Raudhah"
Post a Comment