KUALA LUMPUR: Pelakon Putri Mardiana Zainal Abidin, 34, didenda RM3,000 oleh Mahkamah
Rendah Syariah Gombak Timur selepas mengaku bersalah atas tuduhan
berkhalwat, tahun lalu.
Turut didenda ialah pasangannya, Shahrizam Abdullah, 31, selepas mengaku
salah atas tuduhan sama. Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin turut
memerintahkan kedua-dua tertuduh dipenjara tujuh hari sekiranya mereka
gagal membayar denda.
Pasangan itu membayar denda berkenaan. Mereka didakwa melakukan
kesalahan itu di premis kediaman beralamat C-05-08 Jalan UP 1/1D Jalan
Ukay Perdana, Hulu Klang pada jam 3.03 pagi, 14 Disember 2014.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Putri Mardiani mengaku salah"
Post a Comment