PELAKON, Amar Asyraf tidak menyangka lakonannya sebagai Kamal dalam
telefilem Dari Pintu Neraka telah dinobatkan sebagai pemenang Pelakon
Lelaki Terbaik Drama di Anugerah Skrin (ASK) 2015, baru-baru ini.
Menurutnya, tindakannya menyahut cabaran pengarah, Azman Yahya atau
Jinggo dan pelakon Syiela Rusly untuk membawakan watak lain dari lain
dari lakonannya sebelum ini juga dianggap sangat berbaloi dengan
penganugerahan itu.
“Tidak dinafikan, watak itu susah kerana Kak Sheila cabar saya untuk
buat lain dari yang lain. Oleh itu, saya memerlukan masa dua minggu
untuk membuat persiapan.
“Dua minggu juga saya tidak menerima apa-apa tawaran sebab mahu memberi
tumpuan terhadap telefilem tersebut,” katanya kepada Zass.
Pelakon yang juga popular dalam drama Setia Hujung Nyawa ini
memberitahu, untuk mencari watak yang berlainan itu, dia melakukan
kajian terlebih dahulu berdasarkan pemerhatian dan perkongsian
rakan-rakan. Malah dia sanggup membotakkan rambut di bahagian tengah dan
berlakon dengan bekas kekasihnya, Nad Zainal.
“Pada pertengahan penggambaran, saya perlu membotakkan kepala apabila menjadi banduan. Itu yang perlu saya lakukan.
“Kemudian nak bersama bekas kekasih saya, Nad Zainal sebagai pasangan kekasih dalam telefilem itu juga satu cabaran pada saya.
“Tetapi Alhamdulillah, ketika di set penggambaran kami menemui satu
persetujuan untuk berlakon dengan baik tanpa melibatkan apa-apa perasaan
serta emosi tentang kisah-kisah lalu,” katanya yang tidak akan bersikap
demand selepas kemenangan itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Pengorbanan Amar Asyraf berbaloi"
Post a Comment