HOLLYWOOD: Penyanyi Lady Gaga menyifatkan lakonan telah memberi keajaiban kepada
kesihatannya selepas bergelut dengan masalah depresi dan keresahan sejak
beberapa tahun lalu.
Gaga atau nama sebenarnya Stefani Germanotta berkata, kemunculannya
dalam drama bersiri American Horror Story: Hotel membantunya untuk
menyelami sisi lain dalam dirinya.
Penyanyi lagu Do What U Want itu sebelum ini pernah mendedahkan dia
terpaksa mengambil pelbagai ubatan bagi permasalahan depresi dan
keresahan yang dialaminya itu.
"Saya kini seorang pelakon dan ia banyak membantu saya dalam mengatasi masalah depresi yang dialami sebelum ini.
"Banyak kaedah yang telah saya cuba tetapi tidak berjaya namun lakonan
benar-benar membantu dan kini saya rasa lebih sihat," katanya dalam satu
temu bual bersama majalah Female.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Lakonan bantu Lady Gaga atasi masalah depresi"
Post a Comment