HOLLYWOOD: Selepas kejayaan single terbaharunya berjudul Hello, penyanyi popular Adele berhasrat menceburi cabang seni lain iaitu bidang lakonan.
Penyanyi kelahiran United Kingdom itu ditawarkan untuk membawakan watak cameo dalam filem terbaharu arahan Xavier Dolan berjudul The Death and Life of John F. Donovan. Filem itu turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Jessica Chastain, Kit Harington, Susan Sarandon, and Kathy Bates.
"Saya tertarik untuk berjinak-jinak dalam bidang lakonan selepas menjalani penggambaran muzik video bersama Xavier. Bagaimana pun saya masih lagi mempertimbangkan mengenai tawaran untuk watak cameo ini. "Apa yang pasti, saya tidak teragak-agak untuk tampil di layar perak untuk rakan rapat saya iaitu Xavier," katanya.
Biarpun membuat keputusan untuk berehat selama beberapa tahun, namun nama Adele kembali melonjak apabila tampil dengan lagu Hello sekali gus menepis takhta yang disandang Taylor Swift sebagai penyanyi yang memegang rekod tontonan video tertinggi.
Video karya pengarah Xavier yang menjalani penggambaran di di kawasan pinggir bandar Montreal, Kanada menjadi viral sekelip mata dan mencatatkan jumlah tontonan lebih 27 juta dalam masa 24 jam.
Penantian panjang peminat nyata berbaloi apabila sentuhan terbaru Adele yang akan dimuatkan dalam album berjudul 25 ternyata tidak menghampakan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Adele mahu mencuba bidang lakonan"
Post a Comment