KUALA LUMPUR: Penyanyi Akim Ahmad memberitahu dia mencipta sebuah lagu khas buat tunangnya penyanyi Stacy, 25, untuk album keempat wanita itu.
Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad, 24, lagu berjudul Romeo itu
adalah kisah percintaan yang dilalui oleh mereka sepanjang enam tahun
bersama.
"Saya buat lagu untuk Stacy berjudul Romeo yang mana pada fikiran saya
Juliet yang menyanyikan lagu tersebut. Sedikit sebanyak ada kena mengena
dengan kisah percintaan yang kami lalui selama enam tahun ini.
"Lagu tersebut akan dimuatkan dalam album keempat Stacy yang bakal diterbitkan tidak lama lagi," ujarnya kepada mStar Online.
Akim ditemui pada Separuh Akhir Muzik Muzik 30 yang berlangsung di Seri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini, malam Ahad.
Dalam pada itu, Akim berkata, agak sukar untuk menghasilkan sebuah lagu
yang sesuai dinyanyikan oleh tunangnya itu berikutan lagu-lagu nyanyian
Stacy dihasilkan komposer terkenal.
"Susah juga nak hasilkan sebuah lagu yang sesuai untuk dia kerana Stacy
genre yang berbeza, dia juga sudah ada satu tahap tertentu.
"Dia sudah letak benchmark seperti lagu Not For Sale yang dinanyikannya
tadi, lagi pula komposer yang cipta lagu dia kebanyakkannya sudah
terkenal," ujarnya.
Sementara itu, pada pertandingan Separuh Akhir Muzik Muzik 30 minggu
kedua itu, lagu ciptaanya berjudul Potret berjaya dipilih sebagai lagu
terbaik minggu tersebut.
Tambah Akim, dia yakin sudah melakukan persembahan terbaik dan berharap agar lagu tersebut layak ke Anugerah Juara Lagu 30.
"Saya memang berharap sangat dapat ke Anugerah Juara Lagu 30 kerana
tahun ini kerana tahun ini adalah kali ke 30 dan sangat bermakna.
"Pada awal memang agak gementar kerana saya takut persembahan saya tidak
seperti diharapkan seperti tahun lalu, tapi nasib baik juga Stacy ada
dan banyak tenangkan saya," ujarnya.
Dalam pada itu, ditanya tentang penggunaan nama Hang Nadim sebagai
komposer lagu tersebut, Akim berkata ia adalah nama pena untuk semua
lagu ciptaannya.
Katanya, dia tidak mahu nama Akim Ahmad menganggu fikiran orang yang mendengar karya-karya ciptaannya.
"Saya nak dikenali dengan nama Hang Nadim sebagai komposer lagu. Saya
tidak mahu nama Akim Ahmad membuatkan saya egois di atas pentas,"
ujarnya.
Antara lagu lain yang turut berentap pada malam tersebut ialah Hanya
Namamu (Caliph Buskers), Malam Ini Kita Punya (Bunkface), Not For Sale
(Stacy), Hey Kau (Sandra), Syurga (Alyah), Angin Kencang (Noh Salleh),
#Peristiwa (Sofaz), Senyum (Aziz Harun), dan Mana Mungkin (Black).
Keputusan 12 buah lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu 30 akan diumumkan pada minggu ketiga iaitu 6 Disember depan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Akim dan Stacy cipta lagu tentang kisah cinta mereka"
Post a Comment