Peminat kritik lakonan teater Syarul Ridzwan

ISTANA BUDAYA: Pelakon yang sedang meningkat naik, Syarul Ridzwan yang sebelum ini pernah digosipkan dengan Mia Ahmad nampaknya mula menceburi diri dalam bidang teater pula. – Mia Ahmad Mengaku Bercinta Dengan Syarul Ridzwan?

Syarul atau nama sebenarnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 26, yang sering dilihat berlakon dalam drama tv seperti Kau Aku Kita, Street Vendette, Hati Perempuan dan lain-lain mula mengorak langkah ke bidang teater. Namun, ramai yang memberi komen negatif tentang lakonannya dalam pementasan teater Bawang Putih Bawang Merah.

Beliau mengatakan sebagai seorang pendatang baru dalam bidang pementasan teater dia akui masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki selain menganggap teguran tersebut sebagai membina.

Teater Bawang Putih Bawang Merah diarahkan oleh Erma Fatima turut menampilkan barisan pelakon seperti Ogy Ahmad Daud, Fazlina Ahmad Daud, Juliana Evans, Fathia Latiff, Beto Kusyairi, Nabila Huda, Ungku Ismail dan Dafi. Ia sedang dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya sehingga hari ini.

Syarul juga menyatakan ketika menjalani sesi latihan, dia berasa lega kerana dikelilingi oleh orang- orang yang berpengalaman dan ramai membantunya untuk menjiwai watak tersebut.

Tambahnya lagi, beliau mengatakan kritikan yang diterima itu tidak melemahkannya malah menguatkan lagi semangatnya utuk terus menyertai dalam bidang pementasan ini.

Apapun, kami mendoakan kejayaan Syarul dan semoga dia terus tabah untuk berkarya dalam bidang seni ini.


0 Response to "Peminat kritik lakonan teater Syarul Ridzwan"

Post a Comment