KUALA LUMPUR: Biarpun sekitar beberapa bulan lalu, kebahagian rumah tangganya yang
dibina bersama Fizz Fairuz pernah dilanda kontroversi ekoran suaminnya
dikaitkan dengan seorang pendatang baru, namun pelakon Almy Nadia
menjelaskan dia meletakkan kepercayaan kepada suaminya.
“Orang tengok saya sabar, sebenarnya apa yang berlaku saya cuba untuk
tidak mendengar kata orang. Sebab orang akan bercakap macam-macam,
tetapi bila kita berada dalam kesusahan, mereka tidak akan berada di
situ yang akhirnya kita sahaja yang akan hadap”
“Sebab itu saya tidak mahu dengar kata-kata orang, selain kata suami.
Kita kenal suami kita macam mana. Kenapa saya perlu meletakkan rumah
tangga dalam keadaan goyah sebab orang lain juga?” katanya seperti yang
dilaporkan Utusan online.
Mengakui merasa sakit hati dengan kontroversi tersebut tetapi dia
mengambil pendekatan untuk berbincang dan mendengar penjelasan daripada
pihak suami terlebih dahulu.
"Normal sebenarnya sebagai isteri kita akan sakit hati kalau perkara
sebegini timbul. Malah sewaktu berbincang dengan suami juga, sukar mahu
digambarkan keadaan saya ketika itu. Sebab itu kalau boleh para isteri
di luar sana, percayakan suami dahulu bukan orang luar”
"Dan saya, saya sepenuhnya percaya bahawa suami sendiri," jelasnya lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Lebih percaya pada suami dari orang luar - Almy Nadia"
Post a Comment