KUALA LUMPUR: Siapa tidak kenal dengan pelakon yang meningkat naik ini, Zahirah
MacWilson. Beliau yang sekarang ini sering dikaitkan dengan pelakon
popular Zul Ariffin mendapat kritikan yang hebat dari peminat. –
Pengakuan Zahirah MacWilson Terhadap Zul Ariffin, PANAS!
Eh ke ada yang tidak kenal lagi dengan dia ni? Zahirah MacWilson ataupun
nama sebenarnya Nur Zahirah Binti Zainol Johari MacWilson. Berdarah
campuran Melayu dan Australia dan baru sahaja berusia 20 tahun.Beliau
merupakan anak kepada bekas pelakon dan penyampai TV3, Zainol Johari
MacWilson.
Berasal dari Kuala Lumpur, Zahirah MacWilson juga merupakan seorang
model dan memiliki Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia dari
Universiti Curtin, Australia. Beliau pernah berlakon dalam satu drama
yang ditayangkan di TV3 beberapa bulan yang lepas iaitu ‘Mencintaimu’
bersama pelakon popular, Sharnaaz Ahmad.
Mengenai kontroversinya bersama Zul Ariffin, beliau mendapat pelbagai
tohmahan dan kata- kata sinis dari peminatnya. Mungkin ramai yang tidak
suka dengan hubungannya bersama Zul Ariffin.
Bagaimanapun, beliau berasa terkilan atas kata- kata tersebut dan paling
membuat dirinya berasa sedih apabila orang memanggilnya sial. Bukan itu
sahaja, orang juga menuduhnya sebagai perampas dan lain-lain.
Tambahnya lagi, beliau juga mengatakan yang dia hanya manusia biasa yang
berkawan dan juga jatuh cinta. Di samping itu, dia turut menjelaskan
yang dia berasa serasi bersama Zul Ariffin kerana Zul mempunyai sifat
kekeluargaan yang kuat.
Janganlah terlalu menuding jari ke satu pihak sahaja. Bertepuk sebelah
tangan tidak akan berbunyi. Doakan yang baik-baik sahaja untuknya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Orang kata saya perampas - Zahirah MacWilson"
Post a Comment