Peminat Ajak Ruhainies Bercinta

KUALA LUMPUR: Pendatang baharu yang semakin meraih populariti, Ruhainies, 23, mengakui menerima hampir 500 pesanan di laman sosial setiap hari daripada peminat ketika drama lakonannya, Hello Mr Perfect, hangat ditayangkan di slot Akasia TV3.

Menurut pelakon mirip wajah Nora Danish ini, mesej-mesej yang diterimanya itu bukan sekadar mahu mengenali dirinya, malah ada yang keterlaluan sehingga mengajak berjumpa dan mengajak bercinta.

“Sehingga sekarang pun masih ramai yang menghantar pesanan ke inbox laman sosial saya. Ramai yang meminta nombor telefon untuk kenal lebih rapat. Tak kurang juga yang mahu ajak saya keluar dating dan bercinta.

“Saya rasa takut menerima pesanan begitu dan saya akan abaikan sahaja mereka. Tidak kisahlah jika mereka kata saya sombong kerana tidak rugi saya mengabaikan golongan sebegitu. Lebih baik berdiam sahaja,” ujar Ruhainies seperti yang dilaporkan Mangga Online.

Adik kepada pelakon Nur Risteena ini juga sering ingat pesan kakaknya supaya lebih berhati-hati dan bersabar dengan golongan ‘keyboard warrior’.

“Kakak ada berpesan supaya jangan ambil peduli apabila menerima komen-komen yang tidak betul. Apa yang penting ialah jangan cepat melenting.

“Apabila sudah menjadi public figure seperti sekarang ini, pasti ada golongan haters selain mereka yang betul-betul meminati saya,” katanyanya juga mengesahkan masih solo dan belum mahu mencari cinta.

0 Response to "Peminat Ajak Ruhainies Bercinta"

Post a Comment