KUALA LUMPUR: Pengarah drama Erma Fatima sengaja menggunakan pelakon berwajah
komersial sebagai salah satu cara untuk memancing orang ramai datang
menonton teaternya.
Erma berkata, walaupun dia sedar ada beberapa pihak terutamanya
pelakon-pelakon yang berkecimpung dalam dunia teater tidak berpuas hati
tentang perkara itu, namun dia terpaksa membuat pilihan tersebut
memandangkan ia adalah satu-satunya cara untuk melariskan penjualan
tiket.
"Buat apa saya dan team produksi penat bertungkus lumus berkarya sekiranya tiada yang mahu datang menonton?
"Saya mengaku sengaja memilih pelakon-pelakon popular terlibat dalam karya teater untuk menarik perhatian umum.
"Dan saya juga mengaku, saya 'jual' mereka agar teater saya dihadiri orang ramai," katanya kepada mStar Online.
Tambah Erma, dia yakin, pelakon-pelakon popular yang mempunyai pengikut
terutamanya di laman sosial juga dapat membantu daripada segi penjualan
tiket.
Bagaimanapun kata Erma, pendedahan yang diberikan kepada pelakon-pelakon
baharu terlibat dengan pentas teater turut memberi manfaat kepada
mereka untuk mengasah bakat lakonan agar menjadi lebih baik.
Malah pelakon yang ditawarkan terlibat dengan pentas teater tidak patut sia-siakan peluang tersebut.
"Berlakon teater dan berlakon di depan kamera adalah perkara yang sangat
beza. Mereka perlu menghafal skrip untuk teater manakala untuk drama
atau filem boleh diulang rakam.
"Jadi apabila pelakon komersial berpeluang untuk berlakon di pentas teater, mereka tidak harus sia-siakan tawaran itu.
"Dan pada masa sama mereka perlu membuktikan mampu berlakon dengan baik.
Sekiranya mereka boleh buat, bermaksud mereka serius dalam kerja yang
dilakukan itu," ujarnya.
Antara teater arahan Erma melibatkan pelakon-pelakon popular yang baru
dipentaskan di Istana Budaya ialah Bawang Putih Bawang Merah dan Mok
Cun..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Erma Fatima pancing penonton guna wajah yang popular"
Post a Comment