AJL: Sebelum ini, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat dikatakan bersedih kerana
akaun instagramnya di godam oleh orang yang tidak bertanggungjawab. –
“Saya Rasa Sangat Sedih, Rasa Macam Nak Nangis!” – Ayda Jebat
Tetapi berbeza kali ini kerana beliau bersedih kerana tidak dapat
melayakkan diri ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 30 (AJL 30) yang
diadakan semalam.
Beliau yang membawakan lagu yang bertajuk ‘Siapa Diriku’ telah
menjelaskan bahawa dia telah mengecewakan peminatnya apabila gagal masuk
ke peringkat akhir yang bakal diadakan pada tahun depan. Pentas separuh
akhir AJL 30 telah diadakan di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral yang
dihadiri oleh artis- artis popular.
Beliau mengatakan komposer Azmeer merupakan salah seorang juri pada
malam tersebut dan dia telah memberi kata-kata semangat kepadanya supaya
tidak putus asa dan terus menghasilkan lagu-lagu yang bermutu tinggi.
Apapun, kami berharap Ayda dapat bersabar kerana mungkin bukan rezekinya
lagi untuknya tahun ini. Boleh cuba untuk tahun depan pula.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Terbongkar kegagalan Ayda Jebat ke peringkat akhir AJL 30"
Post a Comment